Thursday, June 18, 2009

unity government


(gambar kat atas takde kena mengena dgn situasi di malaysia)

Nak sangat aku melontarkan pandangan aku berkenaan politik tanah air dalam blog aku yang tak secanggih blog mentibang ni...hehehe...tapi start menaip je..aku padam..start je aku padam...hehe mungkin kalau cerita bab politik ni nampak terlalu berat dan tak sesuai dibicarakan dalam blog santai aku ni..aku rasa kena bukak blog khas untuk hal ehwal politik..barulaa aku boleh join bloggers pakatan rakyat dan lawan cyber troopers UBN...hehehe

tapikan sebut pasal kerajaan perpaduan..akronim yang menjadi senjata media UBN untuk terus memecah belahkan PR..aku rasa ia memang solution terbaik untuk kembali menyatukan rakyat malaysia bagi sama-sama mengharungi masalah dunia yang bagai-bagai..sepatutnya sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk begaduh ..cukuplah...skang masa untuk sama kite bekerja bagi menjamin malaysia menjadi sebuah negara yang ideal untuk didiami..

bayangkanlah..sebuah negara yang dipimpin oleh kerajaan yang terdiri dari pembangkang dan pencadang..masing2 bersatu dalam satu kerajaan dan menghasilkan ouput yang boleh memberi impak kepada kesejahteraan rakyat..kan ke bagus..ni tak habis-habis lagi bergaduh..penat aku nak follow..please la wei..aku banyak keje lagi nak buat...huhuhu

kenyataannya..aku tak rasa kerajaan perpaduan akan wujud..ia hanya akan menjadi topik hangat ketika ini dan biasanya akan reda nanti..dan kita akan terus bergaduh dan bergaduh..hehehe mungkin mentaliti rakyat malaysia belum mencapai tahap boleh bersatu..nak wat camno..

** tadi masa bawak anak aku pusing-pusing kat Giant..aku baca sedikit cerita pasal Ahmadinejad dalam buku bertajuk "Ahmadinejad : Singa Negara Islam" kalau tak salah aku..penulis tak ingat sapa..yang menariknya apa yang aku baca sikit tadi berkenaan Ahmadinejad mengutuskan surat ke negara-negara barat dan menyeru untuk menerima Islam..cara yang sama macam Rasulullah berdakwah..dan ada juga yang menceritakan sedikit tentang keberanian presiden iran ni menentang negara-negara barat..menentang keputusan US tentang hal nuklearnya..juga penyelaran negara Israel..juga ada juga aku terbaca tentang keperibadian beliau yang sederhana, tegas malah menjunjung tinggi agama Islam..

hebat..hebat..kalaulah PM malaysia macam Ahmadinejad ni...peh..ini tidak ..bla .. bla .. bla .. bla .. bla..(kutukan yang tidak boleh dipaparkan di khalayak ramai..)

Wednesday, June 17, 2009

Liverpool close in on Pompey's Johnson for £18m..???

demikian headline dalam espn.com berkenaan Liverpool menghampiri untuk mendapatkan Glen Johnson. bagus-bagus dan sangat bagus..aku menyokong 100% benitez untuk membeli johnson..masa game kelayakan piala dunia 2010 england belasah andorra 6-0..johnsonlah arkitek untuk 3 gol pertama dan 1 gol di separuh masa kedua..memang terbaeeeek..dengan hantaran yang cantik ke arah rooney dua kali..serta kelincahan mamat ni menari membawa bola dari tengah ke kotak penalti..memang mengejutkan aku..tak sangka pompey ada player yang selincah dan sebijak ini..sebenarnya glen johnson adalah bekas pemain chelsea..namun semasa revolusi chelsea di maurinho..dengan pembelian player yang star dan mahal-mahal..mamat ni disisihkan dan dijual...

tapi tengok dalam 4 tahun ni...johnson yang baru berumur 24 tahun berkembang dengan baik untuk menjadi salah seorang pemain bintang mendapat perhatian fabio capello..kalau dah capello pun berminat meletakkan johnson dalam kesebelasan utama england..takkan salah percaturan benitez..so man utd..watch out aaa..haha

tapi berita tak best..ada ura-ura albaro albaloa akan dijual..alamak ..ok apa sideback kanan liverpool ni..bleh tahan juga dia main..

so sapa lagi target benitez untuk dibeli..?..aku ternanti-nanti dengan harapan janganlah salah beli macam player-player yang lepas..aku cadangkan beli tevez hahaha

Friday, June 12, 2009

budaya membaca

sekali lagi aku rasa sangat berpuas hati dengan langganan broadband celcom 3g ni..tak rasa menyesal macam broadband digi data unlimited yang hampeh..huh...memang kura-kura kuning..dari semalam hingga 5 minit yang lepas aku menghabiskan masa aku dengan membaca blog salah satu dari blog list aku...wah memang menarik dan kepala dia macam masuk dengan kepala aku...semua topik yang diceritakan adalah perkara-perkara yang aku minat..dari politik, game, movie, hantam pemikiran dan perilaku melayu sekarang hingga topik-topik yang aku boleh dapatkan sesuatu untuk penambahan knowledge aku yang sikit ni...

patutlah zaman sekarang, generasi muda lebih berminat dengan internet..dalam satu hari tanpa perlu menjengah tv atau beli paper atau buku..anda sudah boleh menambah input-input berguna sebagai halwa otak...lagipun dunia internet menjadikan kita lebih terbuka dan bebas untuk dapatkan info apa yang kita mahu...cuma satu je...kena kontrol jiwa jangan tewas kepada pujukan syaitan..kalau gagal dalam dunia tanpa sempadan ini..perkara negatif sama banyak dengan positif..contoh yang paling dekat dengan kita bile buka internet ialah porno..hehe aku pun dah banyak kali tewas..hehe walaupun dah kawin..yang bujang dan remaja-remaja melayu sekarang apatah lagi...betul kan?..

tapi pembacaan tradisional masih lagi relevan..kadang-kadang penulis yang bagus yang buat duit dengan menghasilkan buku dapat memberikan ilmu yang berguna kepada kita...bab yang baca buku ni sebenarnya adalah kemalasan aku yang utama..hati nak baca tapi bila pergi kedai buku..berkira-kira plak dengan harga buku tersebut..lantas aku pergi kedai jual dvd pirates and beli dvd master copy atau blue ray..atau pergi makan best-best..lagi rasa berbaloi kerana jika aku beli aku takut buku tu hanya akan menghiasi meja aku..kan rugi tu..jadi bagi mengelakkan aku rasa tak berbaloi..membaca di internet sudah cukup untuk aku menampung lompong-lompong knowledge yang aku ada...

Jangan Pandang Belakang Congkak


aku rasa..inilah filem malaysia pertama yang aku tengok kat wayang dalam 5 bulan ini..citer malaysia paling last aku tengok Maut arahan bade hj azmi..uh..mengecewakan...lagi best tom tom bak..

tak terniat pun nak tengok movie JPBCni..mulanya aku plan nak tengok citer blood atau drag me to hell..dah nak beli tiket penjaga kaunter tak benarkan pasal aku bawak anak umur tak cukup 18 hehe..ye la baru umur setahun lebih dah kene bawak tengok wayang..memang gila wayang aku ngan bini aku ni hehe..nak tengok alien vs monster takut tak sempat..awal sangat..aku tengah lapar so ingat nak makan dulu..at last hanya tinggal citer ni je yang paling sesuai dari segi masa..so layaaaaaaan.

nak kate mengecewakan..tak jugak..boleh laa..still dapat 1 bintang dari 5 bagi aku..aku rase inilah filem malaysia pertama yang mengetengahkan genre komedi seram...ada gak adegan lawak yang menggelakkan aku...susah sebenarnya movie2 tempatan yang boleh kasi aku gelak..kecuali movie arahan afdlin shauki yang dulu seperti soal hati dan senario the movie 1,2,3..tapi time kuar citer2 ni aku masih study/training..nak tengok wayang cam rugi..so beli cd jack sparrow..layan gelak ngan kawan-kawan termasuk mentibang sampai keluar air mata darah..hahaha cuma masih ada compang-camping dari jalan cerita..dari satu babak ke satu babak macam ada cacat dari penglihatan mata aku..rasa tak puas hati pun ada..bayangkan kalau kita tengok cerekarama tv3..adegan-adegan boleh berlaku dengan kemas..boleh aku layan tanpa rasa nampak jelik..tapi bila orang malaysia ni buat filem..ish..jadi lain plak..mulalah mulut aku akan komplen macam-macam..aku tak soalkan dari segi budget atau teknik cgi atau penggunaan teknologi yang hebat..tapi MUTU dan KUALITI cerita..filem malaysia ni nampak seolah-olah dibuat hanya untuk dijual..asal ada pelakon famous,cantik,gedik yang menarik penonton..cukup..huh..kecewa aku..

sebelum start filem tadi..ada preview SETEM arahan afdlin..macam best..kepala afdlin ni kalau buat filem memang lain dari yang lain..tak terikut dengan trend filem-filem tempatan yang lain...so cekidaut on 31 julai 09..







Thursday, June 11, 2009

ronaldo berpindah ke real..

sumber dari espn.com mengesah mamat muka-menyebabkan-orang-sakit-hati ini telah berpindah dengan memecahkan rekod perpindahan paling mahal ke Real Madrid selepas zidane dengan rekod 80 mill pound. Perlukah aku bergembira dengan berita ini..hahaha..tiada sudah key-player untuk man utd. Tapi aku yakin man utd akan tetap menjadi penghalang utama selepas chelsea dan arsenal untuk liverpool memenangi EPL buat kali pertama selepas 1990.

yang menarik..era galacticos akan kembali..dengan barisan pemain bintang real madrid yang sangat mantap ketika ini seperti arjen robben, huntelaar, van der vart,scheider, kaka dan ronaldo..serta rumors real akan membeli pemain mantap seperti villa dan xabi alonso. Peh..bersungguh betul nak beat barcalona next season ye..

pleaaaseee rafa..don't sell xabi..

skype..??!!

Skype adalah satu software untuk membolehkan user membuat panggilan,video call atau instant message melalui internet..sama macam yahoo messenger..beza dia antara ym dan skype ialah ym is outdated hahaha...dan skype ada pelbagai functions dan juga bleh main game..hehe..dengan menggunakan skype, kita boleh berhubung dengan skyper seluruh dunia dan boleh membuat panggilan ke mobile phone..cuma caj dikenakan..kena beli skype credit..tapi ada sesetengah negara yang membolehkan panggilan percuma antara skype user to mobile phone. Pengguna skype juga boleh membuat transaksi file dan video coferencing sehingga 25 user..cool kan.nama asal skype ni ialah skyper sempena projek "sky peer-to-peer". namun nama domain tersebut telah digunakan so dibuang huruf 'r' menjadikannya skype.
 
kat bawah aku upload video 'how to use skype'..so download and install cepat-cepat. bleh kita buat video coference tentang pelbagai isu..yeaah!!


Wednesday, June 10, 2009

i want up2date !!!!..you?


peh..tajuk yang menggambarkan betapa hati aku meronta-ronta ingin meneroka untuk seiring dengan kepesatan  dunia IT atau internet...haha dan cuba keluar dari kepompong outdated..terima kasih sekali lagi kepada celcom 3g..memang mantap kelajuan jalur lebar berlogo biru ini berbanding yang kaler kuning...semua informasi yang aku nak semua dihujung jari..dan aku boleh dapatkan dengan kelajuan 3g..muaahahaha..memang betul kata sahabat dalam networking ui2u...manusia zaman sekarang memerlukan maklumat dengan pantas..tapi aku pelik, dalam kelajuan maklumat dan kepesatan teknologi yang membolehkan kita bekerja dalam suasana yang senang, pantas dan lebih efektif..masih ada jabatan kerajaan yang terkongkong dengan prosedur zaman jepun...nak dapatkan surat posting punya susah...pergi jabatan..tunggu pastu dapat jawapan surat sudah dipos..s**t..tunggu surat yang dipos..dalam kelajuan pos laju tu..lima hari ambil masa untuk terima...namun kena travel 89 km untuk dapatkan surat tersebut...dalam perjalanan kereta break down..huhuhu kepanasan aku mencapai tahap global warming atau el nino...huh..

kat sini aku cilok tips untuk kelihatan up2date dalam internet dari seorang otai yang lama berkecimpung dalam dunia blog/internet..quiet interesting..cekidaut !! : 

1. Gunakan browser selain Internet Explorer. Sebagai pelayar internet utama anda. Jangan bagi alasan tidak kool seperti saya seorang web designer & sering menggunakan IE untuk check compatibility. Gunakan Firefox, Chrome, Opera atau Flock. Guna saja, kau akan tahu kenapa.


- aku pun dah lama tak pakai IE..sekarang browser kegemaran aku ialah chrome dan firefox...opera aku tak pernah try tapi berminat untuk cuba..


2. Gunakan GMail. Juga sebagai e-mail utama. Yahoo! Mail atau Hotmail selain mempunyai kadarloading yang lambat, ia juga tidak begitu efektif menangkis spam berbanding GMail. Interface yang cantik tidak menjamin keselesaan menulis & membalas e-mail.


- huk alah...malas betul aku nak tukar email..elok-elok pakai yahoo..huh..skip takpe kot ni..lagipun banyak urusan aku pakai email yahoo..esok aku tukar gmail..kena start from zero again..


3. Jika ada blog, gunakan Wordpress. Bukan kerana yang lain ketinggalan zaman, tetapi fleksibiliti & teknologi yang di’miliki Wordpress memungkinkan anda belajar lebih dari yang sepatutnya.


- hahaha...blogspot pun baru explore..takpe..kalau aku dah expert BS ni..aku tukar wordpress..tapi terguris juga aku baca ulasan otai ni..kalau blog adalah hotel untuk bawa awek/isteri honeymoon...wordpress ni macam junior suiet...mewah dan nampak hebat..blogspot macam hotel cokia yang murah contoh seperti Hotel Pak Kiong..fuh sakit hati je..takpe..nanti gua dah terrer gua tukar wordpress..


4. Kurangkan masa di’laman sosial. MySpace, Friendster, dan terbaru Facebook adalah pembuang masa terbesar pengguna internet di’Malaysia. Tiada fakta rasmi tetapi aku dapat agak dari statistik Friendster yang menunjukkan Malaysia negara ke-2 tertinggi menghantar trafik ke’sana. MySpace apatah lagi.


- aku baru nak rajin bersosial dalam facebook..tapi ok jugak..buang masa je..cuma ada bagus juga facebook..boleh maintain network dengan kawan-kawan..cuma aku rasa jangan terlalu taksub..ada opismate aku main mafia war sampai level 39..makna dia betapa asyiknya dia main game facebook..time office pun dok mengadap facebook..hehe lantak ko lah..


5. Sebagai alternatif, banyakkan melayari laman web yang menawarkan berita terkini berkaitan perkembangan dunia & internet. Membaca artikel (sedikit) ilmiah memang tidak menyeronokkan berbanding membaca buletin di’Friendster (atau MySpace) yang di’forward sejak tahun 2000, tetapi pengetahuan anda akan up-to-date.

Baca TechCrunch, Mashable!, LifeHacker atau lebih mudah dapatkan semuanya di Alltop (Tech).


-  thanks to this otai kerana memperkenalkan sumber carian web-web yang cool..


6. Daftar & install toolbar StumbleUpon. Jika anda mula kenal StumbleUpon (SU), ia boleh menjadi lebih ketagih berbanding laman sosial. SU asasnya memberikan anda secara rawak berita/video/info terkini yang di’undi secara global. Jadi, anda akan dapat jenaka yang lebih up-to-date berbanding apa yang di’forward di’Friendster (atau MySpace).


-  yes..aku dah jadi stumbler !!! cuma tak dapat install tools stumbleUpon dalam ad-on chrome...firefox ok kot?


7. Dapatkan pembaca RSS (Google Reader). Kebanyakkan laman web sekarang (blog terutamanya) mempunyai suapan RSS yang boleh di’baca menerusi mana-mana pembaca RSS. Ini sekaligus menjimatkan masa anda untuk membaca artikel terkini. Tontonkan RSS in Plain English untuk lebih faham. Dan ini RSS untuk Mohd Ismail dot Net.

Jika tips di’atas dipergunakan dengan betul, anda akan berada beberapa langkah di’hadapan mereka yang hanya menggunakan internet untuk chatting, post gambar bimbo, baca komentari politik sebelah pihak, membaca komen pada profile orang lain, dan menambahkan glitter & bling bling di’profile sendiri.


-semalam aku try nak install..tak dapek plak..chrome takbleh kot..kat firefox dah ada..


so..kalau korang rasa korang outdated..cuba ikut tips otai ni..pelan-pelan kita kejar budak-budak yang terrer internet nih..muahahaha

macintosh


wah..satu benda baru aku dapat hari ini hasil kehebatan celcom 3g...muahaha..dalam dok surf n explore world wide web yang bagai-bagai..aku dapat satu perkataan..MAC..atau MACINTOSH..personal komputer keluaran Apple..pendapat aku, tak ramai yg pakai MAC ni dan yang pakai mestilah seorang yang kehadapan dlm dunia IT...setahu aku..komputer MAC boleh create operating system sendiri..hebat!!..tapi still ada OS alternatif spt LINUX..pernah dengar UBUNTU atau KUBUNTU...?..aku pernah dengar tapi aku masih tak tau apa dia...dan ini membuat aku tertarik untuk tahu sesuatu yang aku tak tahu...aku rasa macam outdated..haha..pedulik hapa...yang penting target aku untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari menepati sasaran...pc apple yang latest tak silap aku ialah iMAC..macam gambar di atas..canggih wooo..

sebut pasal APple..teringat iphone apple..fuh memang cantik menarik dan gebbomm..member aku ada yang pakai..bos aku pun pakai...telefon yang sangat canggih saat ini..graham bell kalau dia hidup lagi mesti dia akan kembang hidung takleh tutup dengan evolusi yang berlaku terhadap telefon ciptaannya...

sebut pasal iphone..semalam aku ushar2 kat kedai..ada iphone LG arena..macam menarik..harganya murah berbanding iphone apple...nyaris aku nak tolak blackberry nokia aku ni..hehe..tokeh kedai sudah kasik tukar aku punya hati..die cakap.."handphone lu sudah cukup canggih la bos..tak perlu tukar..sayang loo"... terus tak jadi tukar...

Tuesday, June 9, 2009

aku malas..

wah..bersawang dah blog aku..siap ade labah-labah man hehe...

tu la..org buat blog..aku pun nak jugak..tapi org punye selalu update..aku punye..hehehe..masalah utama yg menjadi punca aku x update ialah kerana aku baru posting ke tempat keje n rumah baru..so penyesuaian sedang berlaku utk aku berasimilasi dgn persekitaran baru..so much to learn..that make me malas nak berblog...so tgklah lepas post ni..kalau aku rajin aku update..alaa..lagipun xde org bace pon..aku syok sendiri je ni hahahaha...

masalah kedua menyebabkan aku malas pasal sebelum ni aku pakai digi berukband..slow mcm siput sedut..huh..bukak satu page..pasang sebatang rokok..habis separuh baru kuar...tapi sekarang..aku sudah maju setapak dlm mengejar gadget2 IT yg cool...aku sudah switch my digi to celcom berukband 3g...hahaha dan post aku ni sempena kegembiraan aku dengan surfing in 3g network..haha banggo den..suko den..hahahahahahaha

tapi den ghaso celcom ni hanyo percubaan den jo..lepas ni den nak try P1 Wimax...minah yg promote kat den maso den pi buang maso kat giant shah alam ari tu kato wimax ni lagi laju dari 3g,3.5g,wifi...wifi?...den poning...streamix la tu kan..hehe tapi modem die gedabak besar mcm air filter keter...kalau amik 1st month bayar seratus lebih n then 49 hinggit je sebulan...murah dan laju..WAU..menarik..menarik..haha

so lepaih ni aku berharap aku akan rajin update blog dgn info2 dan cerite2 yg cool dan best utk tatapan aku sendiri dan mereka2 yg terbukak blog aku hahaha