Sunday, July 5, 2009

nostalgia..



lepas layan transformers semalam..terasa nak post video di atas..sungguh nostalgik bila dengar lagu ni...bagi orang yang masa kecik sezaman ngan aku...inilah siri utraman pertama yang kitorang saksikan di tv...dulu aku hafal seni kata lagu ni walau pun aku tak paham sepatah haram pun bahasa jepun hahaha...nanti aku nak post opening kesatria baja hitam lak..oh ya..pasal aku malas nak menunggu lama sangat nak upload video tu..hangpa klik di link youtube di bawah utk saksikan opening ultraman yang menjadi fenomena pada tahun 80an di malaysia...layannnnnnnnnnnn !!!!


transformers II : revenge of the fallen


semalam baru aku berpeluang menyaksikan filem yang tengah mendahului carta filem di pawagam..sangat-sangat mengujakan aku untuk menyaksikan kehebatan optimes prime..ketua autobot ..suatu ikon transformers yang paling diminati bagi peminat transformers..lebih-lebih lagi setelah ia dihidupkan dari versi kartun ke versi real buat kali kedua..

dari segi cgi dan action memang 5 bintang aku bagi..tapi dari segi jalan cerita aku bagi 3 bintang je..fuh..kecewa beb...woi michael bay...ini cerita transformers laa...bukan cerita sam whitwickey with his robot friends..camna sam boleh menjadi hero dalam transformers yang sepatutnya dipegang oleh optimus..

bagi peminat transformers yang dari kecil membesar dengan robot-robot gergasi ini..dari kartun bersiri transformers versi usa hingga versi jepun dengan pelbagai siri seperti transformers headmaster, transformers victory, transformers superlink..juga movies transformers versi kartun yang best..sangat-sangat mengecewakan apabila jalan cerita movie ini dipegang oleh seorang watak picisan dari cerita sebenar transformers..s*** !!!!

namun aksi pertarungan optimus prime dengan megatron, starscream dan sekor lagi decepticon sangat menarik...apabila dada ketua autobots ditembusi tangan megatron...memang mengejutkan aku..tak sangka optimus mati sekejap..namun aku terganggu dengan babak2 sam melarikan diri di tengah-tengah pertarungan tersebut..

lagi satu babak yang paling best ialah apabila optimus dihidupkan kembali oleh budak picisan yang mempunyai awek yang seksi dan cun tu..apabila jetfire sound "optimus... take my parts..!!!" dan lantas optimus bercantum dengan energy dan tubuh jetfire....dan optimus prime bertukar menjadi super hebat dan very kick-ass siap bleh terbang lagi...membelasah megatron sampai pecah muka dan membunuh tok guru all decepticons iaitu the fallen..hahaha hebat-hebat...

kesimpulan..movie ni masih sama cam movie yang lepas..sangat mengecewakan kerana transformers hanya watak sampingan..jalan cerita hanya menonjolkan kisah sam...huh...kalau depa buat lagi filem ni..please la..jadikan autobots hero sebenar...dan kalau boleh..jadikan watak yang dipegang megan fox lebih seksi ..hahahaha

at last..

hehe..akhirnya aku berjaya menggagahkan diri aku untuk memberi post terkini dalam 2-3 minggu ni..

1. aku sudah 100% berpindah ke rumah baru..isteri dan anak pun dah aku bawa sama..kereta dan semua barang-barang aku pun dah sampai..Alhamdulillah semua selamat dan berada dalam keadaan elok kecuali mesin basuh aku..rosak tapi masih boleh pakai..hmm..sabar..

2. Salah seorang sahabat baik aku semasa berkhidmat di Labuan dulu..Asraf Rafdi meninggal..aku sungguh tak sangka arwah dijemput Allah sebegitu awal..hari ini genap seminggu 1 hari arwah meninggal akibat pendarahan otak..Al-Fatihah kepada arwah...

3. aku makin terrer main game yang paling aku tak pandai..ping pong..haha..mana taknya..kat tempat kerja baru aku ni..semua orang gila main ping pong..waktu lunch main ping pong..abis keje sampai maghrib main ping pong..aku yang dari tangan kayu dapat feel seni permainan ping pong..walaupun masih tak seterrer yang lain..tapi aku dapat rasa ada peningkatan permainan..hahaha

4. akhirnya glen johnson sah milik The Reds...yeah..you'll never walk alone...alonso pun tak akan dijual kepada real madrid yang semakin gila mewujudkan the new galacticos...dan news yang paling mengejutkan...owen will play with the red devil...biar betul..aku dapat rasa owen akan memberi impak mengejut...alamak..c'mon benitez...who is your next target?

5. Manik Urai..next stop untuk menyaksikan kekalahan umno...yeah...walaupun aku dah tak serancak dulu mengikuti perkembangan politik tanah air..namun kalau ada prk..aku cukup teruja untuk tunggu result sapa menang...

6. H1N1...fuh sangat menakutkan...lebih-lebih lagi makin lama makin tinggi kes di malaysia..walaupun tak serius..kita semua perlu berjaga-jaga...

hehehe 6 perkara dalam satu post..lantaklah..blog aku haha