Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Sunday, July 5, 2009

nostalgia..



lepas layan transformers semalam..terasa nak post video di atas..sungguh nostalgik bila dengar lagu ni...bagi orang yang masa kecik sezaman ngan aku...inilah siri utraman pertama yang kitorang saksikan di tv...dulu aku hafal seni kata lagu ni walau pun aku tak paham sepatah haram pun bahasa jepun hahaha...nanti aku nak post opening kesatria baja hitam lak..oh ya..pasal aku malas nak menunggu lama sangat nak upload video tu..hangpa klik di link youtube di bawah utk saksikan opening ultraman yang menjadi fenomena pada tahun 80an di malaysia...layannnnnnnnnnnn !!!!


transformers II : revenge of the fallen


semalam baru aku berpeluang menyaksikan filem yang tengah mendahului carta filem di pawagam..sangat-sangat mengujakan aku untuk menyaksikan kehebatan optimes prime..ketua autobot ..suatu ikon transformers yang paling diminati bagi peminat transformers..lebih-lebih lagi setelah ia dihidupkan dari versi kartun ke versi real buat kali kedua..

dari segi cgi dan action memang 5 bintang aku bagi..tapi dari segi jalan cerita aku bagi 3 bintang je..fuh..kecewa beb...woi michael bay...ini cerita transformers laa...bukan cerita sam whitwickey with his robot friends..camna sam boleh menjadi hero dalam transformers yang sepatutnya dipegang oleh optimus..

bagi peminat transformers yang dari kecil membesar dengan robot-robot gergasi ini..dari kartun bersiri transformers versi usa hingga versi jepun dengan pelbagai siri seperti transformers headmaster, transformers victory, transformers superlink..juga movies transformers versi kartun yang best..sangat-sangat mengecewakan apabila jalan cerita movie ini dipegang oleh seorang watak picisan dari cerita sebenar transformers..s*** !!!!

namun aksi pertarungan optimus prime dengan megatron, starscream dan sekor lagi decepticon sangat menarik...apabila dada ketua autobots ditembusi tangan megatron...memang mengejutkan aku..tak sangka optimus mati sekejap..namun aku terganggu dengan babak2 sam melarikan diri di tengah-tengah pertarungan tersebut..

lagi satu babak yang paling best ialah apabila optimus dihidupkan kembali oleh budak picisan yang mempunyai awek yang seksi dan cun tu..apabila jetfire sound "optimus... take my parts..!!!" dan lantas optimus bercantum dengan energy dan tubuh jetfire....dan optimus prime bertukar menjadi super hebat dan very kick-ass siap bleh terbang lagi...membelasah megatron sampai pecah muka dan membunuh tok guru all decepticons iaitu the fallen..hahaha hebat-hebat...

kesimpulan..movie ni masih sama cam movie yang lepas..sangat mengecewakan kerana transformers hanya watak sampingan..jalan cerita hanya menonjolkan kisah sam...huh...kalau depa buat lagi filem ni..please la..jadikan autobots hero sebenar...dan kalau boleh..jadikan watak yang dipegang megan fox lebih seksi ..hahahaha

Friday, June 12, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak


aku rasa..inilah filem malaysia pertama yang aku tengok kat wayang dalam 5 bulan ini..citer malaysia paling last aku tengok Maut arahan bade hj azmi..uh..mengecewakan...lagi best tom tom bak..

tak terniat pun nak tengok movie JPBCni..mulanya aku plan nak tengok citer blood atau drag me to hell..dah nak beli tiket penjaga kaunter tak benarkan pasal aku bawak anak umur tak cukup 18 hehe..ye la baru umur setahun lebih dah kene bawak tengok wayang..memang gila wayang aku ngan bini aku ni hehe..nak tengok alien vs monster takut tak sempat..awal sangat..aku tengah lapar so ingat nak makan dulu..at last hanya tinggal citer ni je yang paling sesuai dari segi masa..so layaaaaaaan.

nak kate mengecewakan..tak jugak..boleh laa..still dapat 1 bintang dari 5 bagi aku..aku rase inilah filem malaysia pertama yang mengetengahkan genre komedi seram...ada gak adegan lawak yang menggelakkan aku...susah sebenarnya movie2 tempatan yang boleh kasi aku gelak..kecuali movie arahan afdlin shauki yang dulu seperti soal hati dan senario the movie 1,2,3..tapi time kuar citer2 ni aku masih study/training..nak tengok wayang cam rugi..so beli cd jack sparrow..layan gelak ngan kawan-kawan termasuk mentibang sampai keluar air mata darah..hahaha cuma masih ada compang-camping dari jalan cerita..dari satu babak ke satu babak macam ada cacat dari penglihatan mata aku..rasa tak puas hati pun ada..bayangkan kalau kita tengok cerekarama tv3..adegan-adegan boleh berlaku dengan kemas..boleh aku layan tanpa rasa nampak jelik..tapi bila orang malaysia ni buat filem..ish..jadi lain plak..mulalah mulut aku akan komplen macam-macam..aku tak soalkan dari segi budget atau teknik cgi atau penggunaan teknologi yang hebat..tapi MUTU dan KUALITI cerita..filem malaysia ni nampak seolah-olah dibuat hanya untuk dijual..asal ada pelakon famous,cantik,gedik yang menarik penonton..cukup..huh..kecewa aku..

sebelum start filem tadi..ada preview SETEM arahan afdlin..macam best..kepala afdlin ni kalau buat filem memang lain dari yang lain..tak terikut dengan trend filem-filem tempatan yang lain...so cekidaut on 31 julai 09..







Thursday, May 7, 2009

movie best di pawagam anda..


ni movie terbaru yg aku kene tengok minggu ni...tgk trailer mmg best..grafik gempak gile dan semestinya gsc 1borneo akan menjadi pilihan keh keh..so meh mentibang...kite layan star trek..pastu malam kite layan bola di elussion yg hambar..


53%

want to see
The fate of the galaxy rests in the hands of bitter rivals. One, James Kirk (Chris Pine), is a delinquent, thrill-seeking Iowa farm boy. The other, Spock (Zachary Quinto), was raised in a logic-based society that rejects all emotion. As fiery instinct clashes with calm reason, their unlikely but powerful partnership is the only thing capable of leading their crew through unimaginable danger, boldly going where no man has gone before.