Sunday, July 5, 2009

transformers II : revenge of the fallen


semalam baru aku berpeluang menyaksikan filem yang tengah mendahului carta filem di pawagam..sangat-sangat mengujakan aku untuk menyaksikan kehebatan optimes prime..ketua autobot ..suatu ikon transformers yang paling diminati bagi peminat transformers..lebih-lebih lagi setelah ia dihidupkan dari versi kartun ke versi real buat kali kedua..

dari segi cgi dan action memang 5 bintang aku bagi..tapi dari segi jalan cerita aku bagi 3 bintang je..fuh..kecewa beb...woi michael bay...ini cerita transformers laa...bukan cerita sam whitwickey with his robot friends..camna sam boleh menjadi hero dalam transformers yang sepatutnya dipegang oleh optimus..

bagi peminat transformers yang dari kecil membesar dengan robot-robot gergasi ini..dari kartun bersiri transformers versi usa hingga versi jepun dengan pelbagai siri seperti transformers headmaster, transformers victory, transformers superlink..juga movies transformers versi kartun yang best..sangat-sangat mengecewakan apabila jalan cerita movie ini dipegang oleh seorang watak picisan dari cerita sebenar transformers..s*** !!!!

namun aksi pertarungan optimus prime dengan megatron, starscream dan sekor lagi decepticon sangat menarik...apabila dada ketua autobots ditembusi tangan megatron...memang mengejutkan aku..tak sangka optimus mati sekejap..namun aku terganggu dengan babak2 sam melarikan diri di tengah-tengah pertarungan tersebut..

lagi satu babak yang paling best ialah apabila optimus dihidupkan kembali oleh budak picisan yang mempunyai awek yang seksi dan cun tu..apabila jetfire sound "optimus... take my parts..!!!" dan lantas optimus bercantum dengan energy dan tubuh jetfire....dan optimus prime bertukar menjadi super hebat dan very kick-ass siap bleh terbang lagi...membelasah megatron sampai pecah muka dan membunuh tok guru all decepticons iaitu the fallen..hahaha hebat-hebat...

kesimpulan..movie ni masih sama cam movie yang lepas..sangat mengecewakan kerana transformers hanya watak sampingan..jalan cerita hanya menonjolkan kisah sam...huh...kalau depa buat lagi filem ni..please la..jadikan autobots hero sebenar...dan kalau boleh..jadikan watak yang dipegang megan fox lebih seksi ..hahahaha

3 comments:

mentibang said...

aku dah 2 kali tgk brader...hehe.

MiKoyAn said...

peh..kat 1borneo best la..org x ramai tgk wayang..sini manjang full beb

mentibang said...

ramai wei..aku nak tgk ice age beratur panjang...x sompek den nak tgk