Sunday, July 5, 2009
nostalgia..
transformers II : revenge of the fallen
at last..
Thursday, June 18, 2009
unity government
(gambar kat atas takde kena mengena dgn situasi di malaysia)
Wednesday, June 17, 2009
Liverpool close in on Pompey's Johnson for £18m..???
Friday, June 12, 2009
budaya membaca
Jangan Pandang Belakang Congkak
Thursday, June 11, 2009
ronaldo berpindah ke real..
skype..??!!
Wednesday, June 10, 2009
i want up2date !!!!..you?
peh..tajuk yang menggambarkan betapa hati aku meronta-ronta ingin meneroka untuk seiring dengan kepesatan dunia IT atau internet...haha dan cuba keluar dari kepompong outdated..terima kasih sekali lagi kepada celcom 3g..memang mantap kelajuan jalur lebar berlogo biru ini berbanding yang kaler kuning...semua informasi yang aku nak semua dihujung jari..dan aku boleh dapatkan dengan kelajuan 3g..muaahahaha..memang betul kata sahabat dalam networking ui2u...manusia zaman sekarang memerlukan maklumat dengan pantas..tapi aku pelik, dalam kelajuan maklumat dan kepesatan teknologi yang membolehkan kita bekerja dalam suasana yang senang, pantas dan lebih efektif..masih ada jabatan kerajaan yang terkongkong dengan prosedur zaman jepun...nak dapatkan surat posting punya susah...pergi jabatan..tunggu pastu dapat jawapan surat sudah dipos..s**t..tunggu surat yang dipos..dalam kelajuan pos laju tu..lima hari ambil masa untuk terima...namun kena travel 89 km untuk dapatkan surat tersebut...dalam perjalanan kereta break down..huhuhu kepanasan aku mencapai tahap global warming atau el nino...huh..
1. Gunakan browser selain Internet Explorer. Sebagai pelayar internet utama anda. Jangan bagi alasan tidak kool seperti saya seorang web designer & sering menggunakan IE untuk check compatibility. Gunakan Firefox, Chrome, Opera atau Flock. Guna saja, kau akan tahu kenapa.
- aku pun dah lama tak pakai IE..sekarang browser kegemaran aku ialah chrome dan firefox...opera aku tak pernah try tapi berminat untuk cuba..
2. Gunakan GMail. Juga sebagai e-mail utama. Yahoo! Mail atau Hotmail selain mempunyai kadarloading yang lambat, ia juga tidak begitu efektif menangkis spam berbanding GMail. Interface yang cantik tidak menjamin keselesaan menulis & membalas e-mail.
- huk alah...malas betul aku nak tukar email..elok-elok pakai yahoo..huh..skip takpe kot ni..lagipun banyak urusan aku pakai email yahoo..esok aku tukar gmail..kena start from zero again..
3. Jika ada blog, gunakan Wordpress. Bukan kerana yang lain ketinggalan zaman, tetapi fleksibiliti & teknologi yang di’miliki Wordpress memungkinkan anda belajar lebih dari yang sepatutnya.
- hahaha...blogspot pun baru explore..takpe..kalau aku dah expert BS ni..aku tukar wordpress..tapi terguris juga aku baca ulasan otai ni..kalau blog adalah hotel untuk bawa awek/isteri honeymoon...wordpress ni macam junior suiet...mewah dan nampak hebat..blogspot macam hotel cokia yang murah contoh seperti Hotel Pak Kiong..fuh sakit hati je..takpe..nanti gua dah terrer gua tukar wordpress..
4. Kurangkan masa di’laman sosial. MySpace, Friendster, dan terbaru Facebook adalah pembuang masa terbesar pengguna internet di’Malaysia. Tiada fakta rasmi tetapi aku dapat agak dari statistik Friendster yang menunjukkan Malaysia negara ke-2 tertinggi menghantar trafik ke’sana. MySpace apatah lagi.
- aku baru nak rajin bersosial dalam facebook..tapi ok jugak..buang masa je..cuma ada bagus juga facebook..boleh maintain network dengan kawan-kawan..cuma aku rasa jangan terlalu taksub..ada opismate aku main mafia war sampai level 39..makna dia betapa asyiknya dia main game facebook..time office pun dok mengadap facebook..hehe lantak ko lah..
5. Sebagai alternatif, banyakkan melayari laman web yang menawarkan berita terkini berkaitan perkembangan dunia & internet. Membaca artikel (sedikit) ilmiah memang tidak menyeronokkan berbanding membaca buletin di’Friendster (atau MySpace) yang di’forward sejak tahun 2000, tetapi pengetahuan anda akan up-to-date.
Baca TechCrunch, Mashable!, LifeHacker atau lebih mudah dapatkan semuanya di Alltop (Tech).
- thanks to this otai kerana memperkenalkan sumber carian web-web yang cool..
6. Daftar & install toolbar StumbleUpon. Jika anda mula kenal StumbleUpon (SU), ia boleh menjadi lebih ketagih berbanding laman sosial. SU asasnya memberikan anda secara rawak berita/video/info terkini yang di’undi secara global. Jadi, anda akan dapat jenaka yang lebih up-to-date berbanding apa yang di’forward di’Friendster (atau MySpace).
- yes..aku dah jadi stumbler !!! cuma tak dapat install tools stumbleUpon dalam ad-on chrome...firefox ok kot?
7. Dapatkan pembaca RSS (Google Reader). Kebanyakkan laman web sekarang (blog terutamanya) mempunyai suapan RSS yang boleh di’baca menerusi mana-mana pembaca RSS. Ini sekaligus menjimatkan masa anda untuk membaca artikel terkini. Tontonkan RSS in Plain English untuk lebih faham. Dan ini RSS untuk Mohd Ismail dot Net.
Jika tips di’atas dipergunakan dengan betul, anda akan berada beberapa langkah di’hadapan mereka yang hanya menggunakan internet untuk chatting, post gambar bimbo, baca komentari politik sebelah pihak, membaca komen pada profile orang lain, dan menambahkan glitter & bling bling di’profile sendiri.
-semalam aku try nak install..tak dapek plak..chrome takbleh kot..kat firefox dah ada..
so..kalau korang rasa korang outdated..cuba ikut tips otai ni..pelan-pelan kita kejar budak-budak yang terrer internet nih..muahahaha
macintosh
Tuesday, June 9, 2009
aku malas..
Saturday, May 9, 2009
westham vs LIVERPOOL
A brace from Steven Gerrard helped move Liverpool back to the top of the Barclays Premier League following a 3-0 win at West Ham on Saturday tea-time.
The captain's first-half double and a late tap-in from supersub Ryan Babel means Rafa Benitez's side have scored 101 goals in all competitions in 2008-09, 23 of which belong to Gerrard.
More importantly, the Reds are now above Manchester United on goal difference, though this could change when Alex Ferguson's men play one of two games in hand against their city rivals on Sunday.
Liverpool entered the game knowing anything other than a victory could see United clinch the title in Wigan on Wednesday. The chances of this happening were lessened by the return of Torres, starting a league game alongside Gerrard for just the 12th time this term.
The pair took only two minutes to revive their prolific partnership as Torres threaded a ball through the Hammers backline towards the well-timed run of his accomplice. Gerrard danced round Robert Green and sidefooted into an empty net to bag his 118th Liverpool goal. He was now joint 12th with Kop icon Ian St John in the Anfield scoring charts.
The second eventually arrived on 38 minutes from the penalty spot. It was another former West Ham player, Yossi Benayoun, who chipped a lovely ball to put Torres one-on-one with Green until Boa Morte intervened with a push. Referee Alan Wiley didn't hesitate, and though Gerrard's spot-kick was initially saved, the skipper followed up to convert the rebound, equal his best ever season's tally and move clear of The Saint.
Benitez felt comfortable enough to withdraw the returning Torres with 20 minutes remaining, and his confidence proved well-placed as substitute Babel put the seal on an impressive victory five minutes from time by converting a Kuyt cross from close range via a Green parry.
what a great match..cuma aku je tak tgk..keh keh tertido..hampeh punye supporter..
Friday, May 8, 2009
saat-saat manis sebagai liverpool suppoter
Thursday, May 7, 2009
cerita ganas di DUN perok..
movie best di pawagam anda..
53%want to see |
Wednesday, May 6, 2009
Quotes..
It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently - WARREN BUFFETT
The person who knows “how” will always have a job. The person who knows “why” will always be his boss - DIANE RAVITCH
I suppose leadership at one time meant muscles, but today it means getting along with people MOHANDAS K.GANDHI
Great leaders are almost always great simplifiers. - GEN COLIN POWELL
Good leadership requires you to surround yourself with people of diverse perspectives who can disagree with you without fear of retaliation - DORIS KEARNS GOODWIN
ape ke hel yeop...
Monday, May 4, 2009
Tok Guru..
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat..yg ni baru idola gua..pemimpin yg gua saspek..tokoh yg gua kagumi di zaman ini. Keperibadian beliau amat gua segani..seorang berjawatan Menteri Besar tapi bergaya seolah orang tua kebanyakan mcm yang ade kat kampung gua..kat bawah serba sedikit latar belakang tok guru..cekidaut!!
Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.
Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.
Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.
Pulang Ke Tanahair
Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.
Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.
Ceburi Bidang Politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Alam Rumahtangga
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.
Kerajaan Misali
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.
Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.
Sunday, May 3, 2009
mikoyan438
kalau mentibang laut bagi definisi ape tu mentibang..gua pun dengan sukacitanya ingin menyampaikan kpd sesapa yg bukak blog gua ni apa itu mikoyan? 438? dan kenapa gua amik nama tu sbg penghias blog gua..mikoyan tu nama designer kepada soviet aircraft..nama asal mamat ni Artem Mikoyan...die partner dgn Mikhail Gurevich dan menubuhkan Mikoyan-i-Gurevich Design Bureau yg bikin aircraft perang...mikoyan ni dah arwah dah pade tahun 1970 but his bureau still mengeluarkan aircraft perang yg hebat2..dan yg paling fames (aku rase) n ade kat malaysia ni ialah MIG 29 Fulcrum...